Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Kenali Penulis Anugerah Terindah @Sophilea






MANJUNG, 22 Jul 16 – Telah masuk Siri Kelima bagi drama yang sedang hangat dipertontonkan di slot Akasia, TV3 setiap jam 7 malam. Drama berjudul Sayangku Kapten Mukhriz ini adalah hasil adaptasi dari novel Anugerah Terindah karya Sophilea atau nama sebenar Puan Mazni binti Othman






Puan Mazni dilahirkan pada 6 September 1981 di Sungai Siput, utara Perak dan berkahwin dengan Juragan KD HANG TUAH iaitu BK PRL Ahmad Daud bin Duamin. Dikurniakan empat cahaya mata yang kesemuanya putera. Mula terlibat secara serius dalam bidang penulisan pada tahun 2009. 

Di antara anugerah yang pernah diterima Puan Mazni dalam dunia penulisan adalah 
  • Ikon Generasi Kedua Felda (2016), 
  • Anugerah Karya Mewangi Sepanjang Zaman (2015), 
  • Anugerah Penulis Prolifik Intens Idea (2015), 
  • dan Anugerah Sequel Terunggul untuk karya Dia Yang Terindah (2015)







Novel pertama yang dihasilkan pada tahun 2009 bertajuk Samudera Indah Nian, mengisahkan kehidupan Tentera Laut di Lumut. Minat dalam penulisan kreatif berputik sejak beliau di bangku sekolah lagi. Sejak mula menulis sehingga kini, sebanyak 15 buah karya bertemakan kekeluargaan dan persahabatan telah berjaya dihasilkan. Kebanyakan karyanya berkaitan dengan dunia tentera laut dimana 4 dari 15 buah novel berkisarkan tentang TLDM.








Inspirasi menulis adalah daripada pengalaman persekitaran dan juga hasil penceritaan individu yang berinteraksi dengan beliau. Menurut Puan Mazni, cabaran dalam dunia penulisan adalah memastikan ketulenan fakta sesuatu isi dan plot yang disampaikan dalam sesebuah manuskrip. Kajian tentang sesuatu perkara haruslah betul bersama fakta yang kukuh. Selain itu, persaingan antara penulis juga merupakan cabaran yang harus dihadapi Puan Mazni. Dalam onak dan duri, ada pengubat rasa. Puan Mazni sentiasa mendapat kekuatan motivasi daripada anak-anak dan keluarga. Disamping kesibukan tugas sebagai Juragan KD HANG TUAH, BK PRL Ahmad Daud juga memainkan peranan penting dalam memberi suntikan semangat kepada isterinya agar tidak cepat berputus asa dalam berkarya sekiranya kurang mendapat sambutan dan supaya sentiasa terbuka dalam menerima teguran dan kritikan membina. 





Motivasi Puan Mazni juga diperoleh daripada penulis senior seperti Fauziah Ashari, Khadijah Hashim dan Ramli Awang Mursyid. Menjadi harapan kepada Penulis Novel ini agar dapat menjadi sepertimana Sasterawan Negara Khadijah Hashim, Usman Awang dan juga Hamka. Beliau juga berharap agar karyanya mendapat pengiktirafan dan dialih bahasa ke negara lain.

                                    

Rujukan: 250716/04
Sumber: 823186 BK PRL Ahmad Daud bin Duamin
Artikel: KD HANG TUAH
Juruoto: KD HANG TUAH



Sila lihat : Koleksi buku Sophilea

No comments: