Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Biodata Raja Afiq




Nama Sebenar
Raja Muhammad Afiq bin Raja Razali

Agama
Islam

Nama Glamour
Raja Afiq DFKL
(DFKL = Drama Festival KL ; Ujibakat lakonan DFKL 2014)

Tarikh Lahir
19 Ogos 1994

Umur
22 Tahun (2016)

Tempat Asal
Kuala Lumpur

Pekerjaan
Pelakon

Drama
1.       Hello Mr. Perfect (Watak : Arif) – 2015
2.       Sayangku Kapten Mukhriz (Watak : Kapten Ustaz Mukhriz) - 2016

Nama Pasangan

Tahun Aktif
2014  - Kini

Instagram




Pasangan kekasih dalam Hello Mr. Perfect! Ezzaty Abdullah dan Raja Afiq.
Sumber gambar: instagram @raja_afiqq


Mengaku Hangat Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Al-Idrus Jumpa Ibu

PETALING JAYA: Pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz Raja Afiq mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Anis Al-Idrus, 28, sejak sebulan lalu.


Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, perkenalan mereka bermula ketika menjayakan beberapa majlis anjuran stesen televisyen TV3 pada Ramadan lalu.



"Alhamdulillah, saya dan Anis dalam peringkat untuk kenal hati budi masing-masing dan bolehlah dikatakan kami sedang bercinta.

"Kami berkenalan ketika saya menjadi duta Syukur Selalu pada Ramadan lalu dan dia (Anis) juga rajin menghadiri majlis-majlis anjuran TV3," katanya kepada mStar Online.

Raja Afiq dihubungi bagi menjelaskan hubungannya dengan penyanyi lagu Mengapa Anis Al-Idrus selepas kedua-dua mereka sering memuat naik gambar bersama di laman Instagram masing-masing.

Dalam pada itu, dia menyifatkan wanita itu sebagai seorang memahami dan menyenangkan.


"Saya senang bersama dia kerana sikapnya yang sering merendah diri walaupun lebih berpengalaman dalam industri.

"Lagi pula, dia juga tidak terlalu cerewet dan sangat memahami kerjaya saya kerana dia juga seorang artis," ujarnya.

Sementara itu, Raja Afiq berkata, dia sedang merancang untuk membawa pelakon tersebut bertemu keluarganya dalam masa terdekat.

Katanya, dia juga merancang untuk mengikat hubungan tersebut ke fasa seterusnya jika mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Saya seorang yang tidak suka hubungan yang lama dan jika masing-masing bersedia dan keluarga juga mengizinkan apa salahnya teruskan sahaja.

"Lagi pula saya tidak kisah tentang jarak umur kerana saya memang suka wanita lebih tua dan matang berbanding wanita muda. Insya-Allah, selepas dia balik bercuti saya akan bawa dia bertemu keluarga saya terlebih dahulu," ujarnya.

Anis Al-Idrus kini sedang bercuti di Pulau Boracay, Filipina.



Jadi Mangsa Ejekan, Raja Afiq Nekad Turunkan Berat Badan



KUALA LUMPUR: Puas menjadi mangsa ejekan sejak kecil akibat berbadan gempal, bakat baharu, Raja Afiq nekad menurunkan berat sebanyak 54 kilogram (kg).

Sebelum ini, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu mempunyai berat 130kg.Menerusi amalan gaya hidup sihat, diet dan kegigihan ke gimnasium, pemilik nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali berbangga dengan berat badan ideal 74kg sekarang.

Katanya, selain enggan lagi menjadi bahan ejekan, keinginan untuk menyertai dunia seni turut mendorongnya berusaha keras menurunkan berat badan, apatah lagi dirinya percaya pakej menarik antara tiket utama untuk berada dalam bidang berkenaan.

"Saya mengambil masa dua tahun untuk menguruskan badan. Sejak itu juga saya tidak menyentuh nasi dan ia berterusan hingga sekarang. Malah, saya sampai jadi fobia untuk menyentuhnya. 

Selain itu, saya turut mengamalkan diet berasaskan protein."Memang saya sudah puas diejek. Lucunya, ada di antara mereka yang pernah mengejek fizikal saya sebelum ini pun sudah bertukar menjadi gempal," katanya yang turut dilantik sebagai duta. 

Syukur Selalu di samping Fasha Sandha, Amar Asyraf, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick dan Uqasha Senrose.Raja Afiq memberitahu, beliau mula menyertai dunia lakonan pada 2014, namun hanya semakin serius sejak beberapa bulan lalu.

Demi meneruskan kerjaya sebagai anak seni, dia turut nekad meninggalkan profesion sebagai jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium di Sungai Besi.

"Saya anggap platform menyertai DFKL inisiatif TV3 dan TV9 sebagai ruang terbaik untuk mengembangkan bakat seni. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat hasil perjalanan seni saya. 

Apa yang pasti, saya melakukannya dengan sepenuh hati. Pada masa sama, walau sebanyak mana dugaan yang perlu ditempuh, semangat saya takkan sesekali luntur," katanya.

Afiq berkata, dia bermula dengan menjayakan beberapa telefilem dan drama, memainkan watak sampingan."Alhamdulillah, kini saya sedang melunaskan penggambaran drama Sayangku Kapten Mukhriz dan ia buat julung kali menyaksikan saya menjadi teraju utama di samping Niena Baharun," katanya.Mengenai pelantikannya sebagai duta Syukur Selalu, Raja Afiq melihat mandat itu sebagai ruang untuk terus memperkenalkan namanya di arena seni.

sumber: Berita Harian

1 comment:

  1. Acting yang bagus dalam film sayangku kapten Mukhriz...

    ReplyDelete