Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

PROMO : Episod 11 - 14



Berita menarik kepada warga Selangor dan Kuala Lumpur. Siapa yang duduk area yang berdekatan dengan Bukit Jalil lagi best!! Sila lah ke JOM Heboh ye. Hehehe.

Nampaknya esok, 31 Julai 2016 bersamaan hari Ahad, para peminat Akasia Sayangku Kapten Mukhriz dapat berjumpa dengan "Kapten Ustaz Mukhriz"  dan "Ariana Dahlia".  Bestnya!! Bukan itu sahaja, pihak Jom Heboh akan menayangkan episod 11 dan 12 yang sepatutnya ditayang di kaca televisyen kita pada hari Isnin dan Selasa. Jadi, kotla tak sabar nak tahu apa yang terjadi kepada Ariana dan Mukhriz, boleh naik LRT dan berhenti di Stesen Bukit Jalil yer. 

Untuk mendebarkan lagi  hati kita yang tak sabar menyaksikan perasaan dan reaksi Kapten Mukhriz yang selama ini JUAL MAHAL dan MALU kepada Ariana, jom tengok PROMO di bawah. Thanks TV3 kerana bikin hati kami dub dab dub dab. Kot ada yang tak sabar tungu 2 hari ni kan.






Yang pasti mereka kahwin lah. Kalau dalam novel Anugerah Terindah, saya baca sambil tersenyum-senyum. Sebabnya saya boleh imagine suara dan rupa handsome Raja Afiq. Kalau saya tak tengok drama, saya tak boleh imagine muka siapa pun. Cukuplah muka pelakon kegemaran saya Aaron Aziz. Hihihhi.

Ikutkan dalam novel, Kapten Ustaz Mukhriz ni sangatlah baik dan mempunyai ciri-ciri lelaki dan suami mithali. Ariana yang pada mulanya takut Ustaz Mukhriz terpaksa kahwin dengannya kerana terpaksa TETAPI redho sajelah kerana dia yang nak sangat.

Bagus character Ustaz Mukhriz ni kerana dia menjaga adab kepada bakal isterinya semasa proses bertunang. Masa bertunang itulah baru dia berjumpa Ariana. Keluar bersama tapi ditemani oleh Amrina, adik Ariana dah Mirza.


Saya nak tergelak dalam novel bila Amrina kata Ustaz Mukhriz ni bosan. Tak menyesal ke kakak dia mendapat tunang macam tu. Hahahaha.

Happy.. happy pun dalam cerita ini ada juga cerita suspennya iaitu Zakuan dan Awina. Zakuan memang tak putus asa dan frust bila Ariana kahwin ngan Ustaz Mukhriz. Tapi saya suka juga ada kes macam ni, barula kita dapat tengok Ustaz Mukhriz jealous. Part JEALOUS nielah saya rasa buat penononton dan pembaca terasa sweetttt sangat si USTAZ ni. Hehehehe.

Then part Awina, dia pun suka sangat ngan Ustaz Mukhriz. Ariana memang tak tahu pasal kes Awina. Ustaz Mukhriz memang berahsia dengan Ariana takut Ariana salah sangka. Lama jugaklah dia sorok rahsia ni.

Kalau baca novel memang cair sangat sebab layanan Ustaz Mukhriz sangat FIRST CLASS. Sampai saya rasalah mmg tak wujud kot suami macam ni.  Kot timbul reaksi penonton di luar sana dok angau Ustaz Mukhriz memang akan jadi Fenomena kot. Kesian Raja Afiq. Baru 23 yer Dik!! Sabar yer Makcik-makcik.. Auntie-Auntie.. Kawan-kawan.. hahahah. (Teguran untuk diri sendiri :P)

Tapi saya suka olahan penulis nya, sebab secara logiknya begitulah yang sepatutnya si suami melayan isteri. Diceritakan kisah Rasulullah dengan Siti Aisyah. Begitulah Ariana yang sokmo mendengar tazkirah free kat rumah. Sebenarnya semua suami boleh jadi macam Ustaz Mukhriz sbb Ustaz Mukhriz tiru cara nabi. Jadi apa yang nak disampaikan di sini, kalau buat kerana Allah pasti kita mendapat rahmat dan kedamaian dalam rumah tangga.

Nanti pasti ada slot atas kapal dan slot happy antara Ustaz Mukhriz dan Ariana.

Petikan daripada Novel Anugerah Terindah (ms. 320)

"Sorry sayang, Arin rindu gila kat Mukhriz tahu tak?"Ariana menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Mukhriz menyambut salam Ariana.

"Salam je?"

Ariana mengerutkan keningnya dengan pertanyaan Mukhriz. Tiba-tiba dia dapat satu akal.

"Nak lebih dari peluk pun boleh juga. Arin on je."

Wajah Mukhriz merah padam. Tiba-tiba Mukhriz ketawa kuat dengar ucapan Ariana. Tambah lagi dengan kening Ariana yang sengaja dijongket-jongket. Ariana nakal. Betullah kata Izudin, adiknya kadang-kala gedik melampau. Tak tahu malu.

"Amboi kuatnya gelak. Hilang terus status ustaz ya Ustaz Mukhriz".

"Arin.. Arin. Nak peluk saya tunggu malam nanti kan boleh. Tak kan tak menyempat pula. Tak kan lari gunung dikejar, Ariana sayang," Mukhriz tarik hidung Ariana.

Ariana terkedu sekejap sebelum tersenyum. Nampaknya ustaz ni berdua tak macam Ustaz Mukhriz. Tapi macam Kapten Mukhriz ala-ala Kapten Jack Sparrow.


This part dalam novel ni memang buat saya gelak giler. hahahahahaha.



OK stop di sini. Takleh cerita lebih-lebih. Saya pun tak sabar nak tengok Episod 11 hingga 14 pada minggu hadapan.

~iamja77~


1 comment:

  1. Saya setuju dengan anda. Memamg saya suka novel novel ni. Mula tu baca adik punya. lepas tu saya cari kat kedai, buat koleksi. Skrg ni bila baca dah terbayang raja afiq n ariana. Kuat betul penangan ustaz Mukhriz ni.

    ReplyDelete