Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Novel Anugerah Terindah



Tajuk buku : Anugerah Terindah
Penulis : Sophilea @ Maznie Darwisy
Terbitan : Intens
Harga : RM 25
Tahun terbit: April 2014

Anugerah Terindah Buat Dr Ariana
Anugerah Terindah Buat Ustaz Mukhriz Al Attas
Kisah sengal sang doktor memikat sang ustaz
Kisah gediks sang doktor memikat sang ustaz
Kisah sang doctor HILANG DARI RADAR bila lihat sang ustaz

Sewaktu berada di titik terakhir naskhah ANUGERAH TERINDAH telah memberi pelbagai rencah rasa dalam diri saya . Dalam menelusuri ANUGERAH TERINDAH pembaca akan mempunyai pelbagai rasa seolah-olah dapat menyelami rasa Dr Ariana dalam meraih cinta dan kasih Ustaz Mukriz. Ada rasa gediks, rasa gatal, rasa lawak, rasa gembira, rasa romantik penuh bergula lemak berkrim, rasa sedih, rasa hiba, rasa pengorbanan, rasa kehilangan dan tidak ketinggalan rasa banyaknya ilmu syirah dari zaman firaun hinggalah ke zaman Nabi dan para sahabat dalam novel setebal 594 muka surat ini.

Detik pertama Dr Ariana berjumpa dengan Ustaz Mukriz ialah ketika kali pertama terpandang Ustaz Mukriz di majlis kenduri kesyukuran rumah abang Dr Ariana, Izzuddin. Jatuh Cinta Pandangan Pertama ! Itulah Dr Ariana. Pelbagai cara dan usaha dilakukan oleh Dr Arianna untuk memikat hati Ustaz Mukriz. Dr Ariana bagai perigi mencari timba dalam usahanya ‘mengorat’ sang Ustaz. Apa yang tidak dibuat oleh Dr Ariana untuk meraih perhatian Ustaz Mukriz. Jeling-jeling ustaz, renung-renung ustaz, hadiri ceramah uztaz, hantar sms berani mati melamar ustaz, menghantar surat cinta ala-ala budak sekolah menengah siap dengan pantun pen merah pen biru lagi, menghantar sejambak bunga mawar kuning kepada ustaz, menghantar kuih saban minggu kepada ustaz sehinggalah kemuncaknya Dr Ariana sanggup meminang Ustaz Mukhriz. Dr Ariana sudah bikin huru hara! Dr Ariana sudah melanggar adat! Izuddin pening kepala, Ustaz Mukriz Terkesima, Tuan Razlan tidak terkata dengan kesengalan anak daranya, Mama Ariana nak cilikan mulut anaknya!. Namun bak kata pepatah usaha tangga kejayaan kan. Kesungguhan Dr Ariana akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berdua selamat diijabkabulkan dengan lamaran daripada Ustaz Mukriz sendiri untuk Dr Ariana tersayang. Tersenyum gembira Dr Ariana apabila sang ustaz telah menjadi suami dambaannya.

Hilangnya RADAR MALU Dr Ariana dengan SMS Berani Mati Dr Ariana kepada Ustaz Mukriz:
Ariana : Banyak yang ustaz boleh bantu saya
Ustaz Mukriz : Kalau boleh tolong saya tolong
Ariana : Tolong jadi suami saya.
Ariana : Maaf kalau ustaz tersalah sangka. Saya maksudkan apa yang
Saya cakap. Saya sukakan ustaz.
Ustaz Mukriz : Saya bukan sesiapa jauh sekali seorang yang layak menjadi suami
Cik Ariana
Ariana : Saya tak perlu kenal siapa ustaz tapi saya tahu saya dah jatuh hati.

Ariana : Boleh tak kalau kita keluar petang ini?
Ustaz Mukriz : Rasanya tak boleh. Lagipun tak elok lelaki dan wanita yang bukan
Mahram keluar bersama
Ariana : Bukan keluar berdua. Saya,ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu
Ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa!

Ariana : Rindu saya pada Mukhriz tak akan padam. Saya hanya tahu saya menyintai
Dan mengasihi Syed Mukhriz Al- Attas.
Ustaz Mukhriz: Bagi saya masa Ariana.
Ariana : Ambillah banyak manapun Mukhriz. Saya tetap menunggu. Jadi suami saya.
Saya tetap menunggu. Saya cuma nak satu jawapan, sudikah ustaz menerima
Saya sebagai isteri?
Ustaz Mukhriz: Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa
Keluarga saya ya.
Ariana : Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan
Meminang!. Terima kasih ustaz Mukriz. Tunggu rombongan saya ya.”

Ariana : I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.
Senyum ya ustaz.
Ustas Mukhriz : Terima kasih Ariana. Saya ketawa sekarang ni. Selamat malam.
Assalamulaikum.

Sengal dan Gatalnya Dr Ariana apabila mencurahkan rasa cinta kepada Ustaz Mukriz. :

“Ustaz...saya rasa ustaz dah tahu niat saya kan? Niat saya untuk bersuamikan Ustaz Mukriz” – Ariana
“Maafkan saya Ariana tapi layak ke saya jadi imam Ariana? – Ustaz Mukriz
“Macam nilah ustaz, saya dah luahkan apa yang sepatutnya saya bagitau ustaz. Kalau ustaz menolak, saya faham dan sangat-sangat memahami. Saya bukan ustazah pilihan. Siapalah saya inikan, sudahlah tak tahu malu ada hati pulak nak kahwin dengan orang sebaik ustaz. Mungkin pada ustaz saya ni bukan orang baik-baik. Menggatal. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.!” – Ariana
“Ariana!” – Suara Mukhriz sedikit meninggi.
“ Nanti dulu, saya belum habis lagi. Kapten Syed Mukhriz Al- Attas, hina sangatkah saya kalau jatuh cinta dengan seorang ustaz? Teruk sangatkah saya ni sampai tak layak memilih ustaz sebagai suami? Saya ketepikan malu seorang wanita untuk memiliki Ustaz Mukhriz. Tapi sekarang , saya faham saya bukan sesiapa pun pada ustaz. Assalamualaikum. – Ariana

Tahap cemburu Dr Ariana yang agak melampau kepada Ustaz Mukriz:

“Maafkan saya, saya nak tahu rasanya macam ada apa-apa je ustaz dengan dia.” – Ariana
“Kan saya dah bagitahu dia kawan saya kat kampong” – Ustaz Mukriz
“Macam tak percaya je. Macam tipu je. Macam ada something jer ustaz dengan dia” – Ariana
“Kalau saya cakap Husna itu jodoh untuk saya yang dicarikan umi saya, macam mana?” – Ustaz Mukriz
“kalau macam tu, tahniahlah.” – Ariana

“seronoknya orang tue ramai peminat dari anak tauke lembu ke pegawai tentera. Itu belum lagi fasal Husna tu.” – Ariana
“Biarlah diaorang minat saya, yang penting saya milik siapa, kan...” – Ustaz Mukhriz.
“Yalah, milik Ariana Dahlia Mohd Razlan seorang. Saya tak bagi kat sesiapa pun. Jadi yang lain tu jangan mimpi ya nak ambil Mukhriz saya ni” – Ariana.

Layarilah mereka berdua dalam bahtera perkahwinan yang penuh romantis. Romantis rupanya si Ustaz meladeni si sengal isterinya. Perasaan cinta dan rindu di alam perkahwinan diplotkan dengan begitu indah sekali dan pembaca dapat merasai perasaan cinta mereka yang menggebu gebu.

Romantisnya Ustaz Mukriz dambaan Sang Doktor yang panasaran:

“Arin makan, saya suapkan” – Ustaz Mukriz
“Arin..arin..Nak peluk saya tunggu malam nanti kan boleh. Tak kan tak menyempat pula. Tak kan lari gunung dikejar, Ariana sayang.” – Ustaz Mukriz
“Okey, makan mi goreng dulu. Lepas tue, nak makan saya sekali pun saya okey je.” – Ustaz Mukriz
“Rindu. Siapa cakap tak rindu. Kalau boleh terbang, saya dah terbang dah balik jumpa Arin kat sini. Tapi tak boleh. Kerja didahulukan, isteri diutamakan. – Ustaz Mukriz
“Saya sayangkan Arin. Kalau boleh saya nak bawa Arin masuk syurga kalau saya juga diizinkan untuk masuk ke Jannah.” – Ustaz Mukriz
“Saya sayangkan mujahidin kecil kita ini. Ingat lagi pada impian saya? Saya ingin sekali mereka menjadi sebahagian penghuni Jannatul Firdaus. Lepas ini Arin kena banyak baca surah Maryam, surah Yusuf supaya anak dalam ni kuat.” – Ustaz Mukriz
“Arin sayang.....kan habib dah cakap hanya Arin zaujah habib dunia dan akhirat.

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. ADA BADAI MELANDA!

Ada hati yang pedih dan hiba kerana kehilangan penyambung kasih.
Ada hati yang terguris kerana ada insan lain yang meminta.
Ada hati yang terpaksa berkorban kerana insan tersayang.
Ada hati yang merajuk kerana ditinggalkan oleh sang isteri.
Ada hati berkata ADA APA DENGAN CINTA?

Dr Ariana terpaksa berkorban demi nyawa habibnya.
Dr Ariana terpaksa pasrah demi cinta kepada habibnya,
Dr Ariana terpaksa melepaskan habibnya kerana SESUATU

Persoalannya, apakah SESUATU ITU? Apakah yang berlaku kepada Ustaz Mukriz? Mengapakah Dr Ariana perlu berkorban? Siapakah yang begitu terdesak meminta cinta dan kasih Ustaz Mukriz selain zaujahnya? Adakah cinta Ariana hanya bertepuk sebelah tangan? Adakah tiada sekelumit rasa cinta dalam diri Ustaz Mukriz terhadap Dr Ariana? Bertahankan rumah tangga yang mereka bina? Atau Allah lebih menyayangi Ustaz Mukriz? Apa pula kaitan Keretapi Sinaran Utara dan novel Badai Semalam kepada mereka berdua? Persoalan demi persoalan ini akan terjawab dengan berakhirnya pembaca di titik yang terakhir dengan membaca novel ANUGERAH TERINDAH ini. Pengorbanan Dr Ariana merupakan satu pengorbanan yang tidak sanggup dilakukan oleh semua wanita yang bergelar isteri! Sungguh pembaca akan berasa sangat sedih melihatkan nasib yang diterima oleh Ariana sehingga boleh menitiskan air mata.

Sedih dan tabahnya seorang insan zaujah bergelar Ariana Dahlia.
“Arin bersyukur akhirnya habib berterus terang. Arin tahu habib, arin bukan zaujah pilihan habib. Arin tak akan boleh jadi seperti yang habib nak. Tapi Arin nak habib tahu...Arin tak pernah cintakan seseorang sepertimana Arin menyintai Habib. Arin tak pernah tunggu orang selama mana Arin tunggu Habib. Arin tebalkan muka, malukan diri sendiri untuk dapatkan habib tapi habib...Ya lah Arin sedar siapa diri Arin ni. Maafkan Arin, habib. Halalkan makan minum Arin. Ampunkan dosa Arin. Arin tak boleh duduk kat sini lagi.”

TAHNIAH kepada penulis kerana berjaya menggarap sebuah kisah pelbagai rasa dalam satu adunan yang sangat cantik teksturnya. Naskhah ketiga penulis yang sangat TERKESAN dalam jiwa sehingga menjadikan pembaca seolah-olah dalam hati ada taman dengan alunan syirah-syirah Nabi dan para sahabat yang amat mengesan jiwa. Tahniah sekali lagi dan teruskan menulis genre yang sebegini. KAK WAN BAGI BERBINTANG BINTANG DI LANGIT UNTUK ANUGERAH TERINDAH INI.....

P/S – Ustaz Mukhriz ni cheq feeling feeling OMAR BORKAN AL GALA – Model Arab yang kena halau dari Negara Arab kerana KEHENSEMAN nya....dengan dengan Dr Ariana Pengsan.


sumber: Ratu Bako


Novelis : Sophilea @ Maznie Darwisy



No comments: