Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Sayangku Kapten Mukhriz

Sayangku Kapten Mukhriz

Ia berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan. Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri. Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.

credit to TONTON.COM.MY

Tajuk
Sayangku Kapten Mukhriz

Genre
Drama

Tarikh Tayangan
13 Julai 2016

Hari Tayangan
Isnin - Khamis

Masa Tayangan
6.58 pm

Saluran

Episod Penuh
28 Episod

Pengarah

Terbitan


Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz


Berpangkat kapten bergelar ustaz. Siapa yang tak nak kan. Gediknya Ariana (Arin) hanya untuk Ustaz Mukhriz. Bukan tak tahu malu. Perasaan malu sanggup ditolak ke tepi. Janji ustaz sedar kewujudan dia. Abang Izuddin sampai tebal muka tengok adiknya tergilakan kawan baik. Nak cakap segan, tak cakap kesian kat si adik. Disampaikan juga hasrat si adik yang sengal. SMS sudah, hantar bunga selang sehari, kuih lapis dan segala jenis makanan dah disua pada ustaz, surat cinta siap berpantun pun dah dihantar, tapi susahnya nak dapatkan hati ustaz. 


Si abang jual mahal sangat ye. Tak per, Arin ada jalan nak berbaik dengan adik beradik Ustaz. Kebetulan Sakinah yang demam denggi dirawat di hospital tempat Arin bekerja akhirnya dijadikan kawan. Kebetulan lagi Arin yang bercuti di Perlis, bertembung dengan adik kedua Ustaz, itupun dibuatnya kawan. Sayangnya orang tak perasan kalau2 ada peranan besar adik Ustaz dalam menyatukan mereka.



Usaha tangga kejayaan. Sampai akhirnya Ustaz Mukhriz tak dapat lagi nak elak, dicabarnya Arin yang masuk meminang kalau betul bersungguh. Kecoh pula keluarga Arin dengan permintaan anak yang dah langgar adat. Dipihak Mukhriz pun dah rasa semacam sampai lah ibu Mukhriz mengambil keputusan untuk masuk meminang Arin. Dulu nak masuk meminang si Husna gadis sekampung tu tak nak, tup tup anak dara orang pula nak pinang Mukhriz. Pening ibu dibuatnya. Tapi sapa tak suka, calon menantu Doktor, cantik pulak tu.



Kesian juga kat Arin, dia bukan calon isteri idaman Mukhriz. Rupanya Mukhriz pernah menyimpan perasaan pada seorang gadis Indonesia yang berniqab tetapi cinta tak kesampaian disebabkan tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menghilang diri tanpa khabar berita. 10 tahun terpisah pun Mukhriz masih boleh terperasan Adawiyah yang hanya nampak mata. Kecik hati Arin, dia yang dok sebelah Mukhriz 9 tahun lalu dalam kereta api Sinaran Utara langsung Mukhriz tak ingat walhal siap bertukar novel. ( kat sini point yang bagus). Kelemahan Ustaz yang menunjukkan dia juga manusia biasa, dia takut dengan komitmen sedangkan dia selalu jadi kaunselor untuk pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga. Dalam bab buat keputusan, boleh saja buat istikharah, tapi ditangguh-tangguh. Pastu nampak macam tak yakin dan tak redha kahwin dengan Arin.



Lepas kahwin gedik Arin makin menjadi tapi malu-malu kucing. Ustaz pula tunjuk taring sampai tersipu malu pulak si isteri. Mereka telus, tiada rahsia yang disembunyikan. Bahagia walaupun Ustaz tak pernah lafazkan cinta. Cerita Zakuan abang sepupu yang ada hati pd Arin tu seperti kudis sahaja. Tak tahu pulak lepas tu jadi kudis buta. Pada Cik Pah, Zakuan tiba2 jadi meroyan sebab tak dpt kahwin dengan Arin sampai sanggup cederakan Arin tu tak ada pun tak apa, sbbnya penulis jadikan Amrina adik Arin sebagai pengganti di akhir cerita. Cepat sungguh berubah hati dan rasa bersalah padahal ada kes culik, cedera dan langgar lari. Macam tak ada pun tak apa. Kalau nak adakan juga, buat watak Zakuan sebaik Adawiyah, biar Ustaz Mukhriz makan hati dan pembaca pun ada pilihan. Eceh sesuka hati nak tukar cerita ;)



Konflik sebenar yang menjadikan cerita ini menarik tapi masih boleh dipertikaian adalah seorang banduan (Awina) minta Ustaz peristerikan dia selepas bebas dari penjara atas kesalahan membunuh bekas suami tanpa niat kerana cuba selamatkan diri. Dia bilang lepas dia keluar penjara tak ada orang nak bimbing dia lagi dan nasib anak perempuan dia tak terbela. Hellooo, sesenang jek ek minta suami Arin kahwin dgn alasan tu. Sanggup pula bermadu. Atas satu insiden, si Arin ni tetiba lembut hati izinkan ustaz yang susah di tackle tu kahwin dengan si Awina yang nak derma buah pinggang secara bersyarat kat ustaz yang koma akibat kemalangan. Mmg buat orang lagi bengang dengan tambahan drama Arin lari bawa diri ke Indonesia masa ustaz selamat dibedah. Tang derma buah pinggang bersyarat tu dah ok sangat tapi tang lari bawa diri tu yang buat orang cemuih. Emm korang baca la sendiri.
Kredit: Mai

Credit to KBergetar

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

  • Hafizul Kamal sebagai Zakuan
  • Reen Rahim sebagai Siti Awina
  • Ikhlas Jalil sebagai Kapten Ustaz Fauzan
  • Neera Azizi sebagai Dr Anisa
  • Khaty Azean sebagai Puan Sharifah Radziah
  • Noniswara sebagai Puan Zarina
  • Ieka Zulkifli sebagai sebagai Marlia
  • Hafizuddin Fazil sebagai Tuan Razlan
  • Nurul Iliyana sebagai sebagai Mirza
  • Alif Hadi sebagai Syamsul Baharin
  • Nur Sarah Alisha sebagai Puteri
  • Feiyna Tajudin sebagai Rabiatul Adawiyah
  • Azzahra Ahmad sebagai Harlina
  • Mohd Fadhil sebagai Kapten Fadzil
  • Tash Yong sebagai Amrina
  • Aliff Aziz sebagai Dr Faizal

No comments: