Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Dipetik daripada Mini Novel : Seindah Cinta Kapten Mukhriz



Saat terlihatmu bagai ada sesuatu yang pernah kurasakan satu masa lalu.

Kenapa habib?” Soal Ariana saat mata Mukhriz redup memandang wajah mulus Ariana Dahlia.

Rindu.” Bisik Mukhriz perlahan tapi jelas di telinga Ariana. Ariana tersenyum nakal. 

Dia bangun dan duduk disebelah Mukhriz. Tubuhnya dipusingkan pada Mukhriz. Tangannya diletakkan di dada Mukhriz.

Rindu bermakna cinta habib pada Arin tetap utuh dan kuat. Rindu bermakna habib dan Arin ditakdirkan bersama sampai hujung nyawa.” Ariana bermain mata. Mukhriz ketawa. Kemudian tangan kanannya diletakkan diatas kepala Ariana.


Alhamdulillah Arin. Allah tak buang rindu habib pada Arin biar bertahun ikatan antara kita terjalin. Malah Allah tambahkan kasih sayang kita berdua. Insya Allah rindu habib pada Arin tak akan pernah padam sampai bila-bila."


Ariana sandarkan kepalanya di dada Mukhriz.

Kerana habib Zauj yang Arin tunggu selama ini. Kerana habib adalah a’syik yang selalu ada dalam hati Arin.”

Jemari Ariana digenggam kemas.

Habib...” Suara manja Ariana mampir di gegendang telinga Mukhriz.

Ada apa Arin?” Mata Mukhriz terus memandang bintang-bintang yang bertebaran di langit kelam. Tak mampu dibuang tabiatnya yang satu ini. Memandang bintang-bintang di langit malam.

Habib tak jemu ke dengan Arin? Bertahun-tahun habib jadi suami Arin, tak ada ke perasaan jemu dalam hati habib buat Arin?”

Ariana mengelus lembut lengan Mukhriz. 

“Kenapa Arin tanya macam tu?” Soal Mukhriz.

Ariana geleng.

“Mana tahu kalau-kalau habib rasa jemu dengan Arin. Dengan sikap Arin.”

Mukhriz ketawa kecil.

Ariana Dahlia.... Suami Arin ini tak pernah jemu memandang wajah Arin. Habib nampak syurga habib disitu. Habib tak pernah jemu untuk menzahirkan rasa sayang dan cinta habib buat seorang Ariana Dahlia. Sikap Arin menyenangkan habib. Ketawa Arin hilangkan resah habib. Senyuman Arin buatkan lena habib dibuai mimpi indah.”

Ariana ketawa. Kata-kata Mukhriz buatkan hatinya bagai diawang-awangan. 

“Arin? Jemu dengan habib?” Soalan Mukhriz berbalik pada Ariana.

Cepat-cepat Ariana geleng.

“Macamana Arin nak jemu kalau berpisah sekejap sahaja pun sudah buatkan Arin rindu pada habib.”

Mukhriz lingkarkan kedua-dua tangannya di pinggang Ariana. Kejap dan erat pelukannya buat si isteri.

“Tiada satu detik dalam hidup habib merasa menyesal atau terkilan menikahi Ariana Dahlia. Biar bertahun cinta habib pada Arin tetap utuh dan kukuh.”

“Ariana..”

“Em...”Selesa benar Ariana menyandar di dada sasa Mukhriz sambil tangan Mukhriz erat memeluknya.
“Arin nak pergi jugak?”

Ariana diam. Dia tahu malam ini romantik Mukhriz mungkin sahaja bersebab. Untuk menghalau rasa gundah ditinggalkan nanti. Untuk menyisih rasa rindu yang bakal menebal di jiwa nanti.

“Kalau habib tak izinkan Arin tak pergi. Pergi Arin dengan restu habib.”

Mukhriz tersenyum.

“Arin, Allah dah berikan masa bertahun-tahun untuk kita bersama. Kalau habib tak benarkan Arin pergi bermakna habib tamak dengan Allah sedangkan disebelah bahu Arin terpikul tanggungjawab untuk orang lain. Tanggungjawab Arin sebagai isteri, habib tak ada komplen apa-apa malah Ariana cukup sempurna buat habib. Selama ini Arin dah jalankan tanggungjawab Arin pada habib dengan sempurna dan ikhlas dan sekarang masyarakat di luar sana menuntut tanggungjawab Arin pada mereka.”


Mukhriz diam seketika. Meski bibir dan hatinya melafazkan ikhlas mengizinkan Ariana pergi namun jauh di sudut jiwanya dia menangis.

“Habib, Arin pun berat nak pergi tapi bila Arin fikir balik mungkin Allah bukakan pintu rezeki untuk Arin lakukan amal jariah sebelum roh Arin dijemput Allah. Kan habib selalu cakap di tangan kita, di bahu kita ada harapan orang lain. Sebelum nyawa Arin Allah ambil ini peluang Arin untuk lakukan amal.”


Secepatnya jemari Mukhriz berada di bibir Ariana.

Jangan bicarakan soal kematian Arin, andai kita tak tahu bila ia akan datang menjemput. Habib tahu mati itu pasti cuma habib belum mahu kehilangan Ariana.” Ada getaran pilu di hujung suara Mukhriz.

Dikucup jemari mukhriz yg lekap di bibirnya. Mata yg menunduk tadi dibawa memandang penuh wajah si suami. Mencari sasaran baru. Lantas si pipi menerima habuan. Seketika di situ sblm ulas bibirnya menghadiahkan senyuman. Sungguh, cinta dia tetap mengebu walaupun insan ini selalu di depan mata.


“Dulu habib pernah cakap dengan Arin. Mati itu pasti. Tidak sesaat dicepatkan dan tidak sesat dilewatkan. Kalau habib tanya apa impian kematian Arin, Arin nak mati dalam husnul khatimah. Dan kalau Allah izinkan Arin mahu mati di pangkuan habib. Arin mahu habib ajarkan Arin kalimah Allah disaat syaitan dan Iblis melaksanakan perjanjian mereka dengan Allah buat terakhirnya pada Arin.”


Mukhriz pejamkan matanya. Dibuka kembali. Hatinya jadi hiba saat Ariana membicarakan soal kematian.

“Arin, jangan kita bicarakan lagi ya soal kematian. Kita doa semoga Allah panjangkan usia kita untuk melihat Hareez Adam membesar dan mana tahu kalau Allah berikan lagi kita rezeki untuk ada putera atau puteri lagikan?” Tapak tangan Mukhriz diletakkan di perut Ariana.


“Habib nak zuriat lagi?” Dagu Mukriz dicuit mesra. Mukhriz ketawa. Cepat-cepat ditangkap tangan Ariana bila Ariana mahu lakukannya kali ke dua.


Ariana tersenyum.

Mukhriz, nakalnya cuma dengan Ariana. Ariana gediknya cuma bersama Mukhriz.

“Arin, Zuriat itu hadiah dan anugerah Allah buat kita. Manusia yang menolak kehadiran zuriat dalam hidup mereka samalah seperti mereka menolak hadiah atau anugerah dari Allah. Allah nak bagi hadiah Arin, takkan kita nak tolak. Tetapi....” Mukhriz terhenti. Dia pandang wajah Ariana.


“Tetapi apa habib...” Soal Ariana.


“Tetapi andaikata Allah tak kurniakan lagi kita zuriat itu bukan bermakna Allah menafikan kasih sayangNya pada kita. Tapi itu adalah ujian buat kita. Meski Allah kurniakan anugerah zuriat tapi kita kena ingat zuriat itu juga adalah ujian buat kita.”


Ariana mengangguk.

“Habib...kalau Arin izinkan habib untuk kahwin lain mana tahu dapat zuriat lagi. Habib tak nak?”
Mukhriz tersenyum.

“Arin, kalau lah habib ini bertuankan nafsu dah lama habib terima Awina dulu. Tapi hati habib ada satu saja. Dah satu tu habib dah serahkan pada Arin. Kalau Arin pecahkan dua hati tu matilah habib.”


Kata-kata Mukhriz sentiasa memberikan ketenangan buat Ariana.

Ya sepertimana yang Mukhriz pernah lakarkan pada sekeping kad merah jambu dahulu.

Cinta adalah kekuatan yang mampu menukarkanDuri menjadi mawarCuka menjadi anggurSedih menjadi riang.

Habib...jom.” Ariana bangun. Jemari mukhriz masih erat didalam genggamannya.

Mukhriz tersenyum. Bangun dan pantas tangan kanannya memeluk pinggang Ariana.

Arin nak ajak habib bunuh syaitan ya?”

Sebuah cubitan kecil mengenai pinggang Mukhriz. Mukhriz ketawa. Suka benar dia lihat wajah Ariana yang kemerahan menahan malu.

Haruskah ku halang rasa cintaHaruskah pendam rahsia Selamanya.....

HABIB....ARIN SAYANG HABIB SAMPAI HUJUNG NYAWA.


(nak baca lagi??)

Nantikan Mini Novel Seindah Cinta Kapten Mukhriz tidak lama lagi...


No comments: