Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

NOVEL: Cintaku Seluas Samudera Biru


Cintaku Seluas Samudera Biru ialah salah satu karya Sophilea yang sangat PANAS dan terkenal di kalangan peminat pembaca novel.

Kata para peminat novel, novel ini ialah setanding dengan cerita Anugerah Terindah dan dikatanya jika dibuat drama juga pasti akan MELETOP!

Nantikan pengumuman penjualan novel ini di website ini tidak lama lagi... TUNGGU.
Sila baca sedikit sinopsisnya..

Sinopsis CINTAKU SELUAS SAMUDERA BIRU

Saat dia dan anggota TLDM lain berlari di persisiran pantai ke Teluk Batik, Leftenan Komander Anuar Syukri terlanggar Hamna Suhaili yang sedang menjemur ikan masin. Panahan cinta pertama barangkali terus langkah Anuar terkedu disitu. Sedangkan Hamna jatuh dan terl...uka.

 "Encik tak tahu cara nak minta maaf ke? Tak tak tahu nak hormat kan orang."

 Anuar cuma pandang Hamna yang terluka dan cuba berdiri.

 Sejak itu Anuar sering menjadi tetamu di gerai tepi jalan milik Hamna. Tidak tahu cara memikat dia cuma menyakitkan hati Hamna. Datangnya pula pasti berdua dengan Petty Officer Zikri Hadith.
Dengan Zikri mudah benar Hamna tersenyum. Semakin buatkan Anuar sakit hati.

Maaf encik gerai dah tutup.”

 “Saya nak beli awak.”

 “Saya nak beli awak, boleh ke?” 

 “Banyak duit awak nak beli saya?

”“Berapa?”
 “Awak baliklah Tuan Anuar Syukri. Sekalipun awak boleh bayar, diri saya tak ada harga yang boleh diletakkan. “
Anuar tidak pernah beralah. Dia ke pondok Hamna walau malam dan dalam hujan lebat. Curi-curi pandang anak pak cik Yusof ini. Bila Hamna sejuk dia berikan jaket yang dia pakai. Tak terusikkah hati Hamna?

 Namun bila dia selalu kalah melepaskan Hamna pada Zikri, bagaimana pula perasaan Hamna.
"Tolong jaga dia untuk saya Zikri. Saya cuma harapkan awak untuk jaga Hamna saya." 
Zikri tahu kasih Hamna juga ada pada Anuar walaupun hatinya juga sudah terusik dengan cinta Hamna.
 
"Tuan jangan risau selagi saya ada Syazman tak akan apa-apakan Hamna." Itu janjinya pada pegawai atasannya itu.
 
"Cakap tak rindu habis tu kenapa ada dekat jeti Armada ini?" Bila dia pandang Hamna yang menantinya dari atas kapal perasaanhya sukar diungkap.

 "Kalau awak tak rindukan saya , tak apa. Tapi saya rindukan awak. Saya rindukan awak separuh mati atas kapal tu, Hamna Suhaili."

 Puas ditolak perasaan yang ada kerana berbeza status. Siapalah dia yang cuma anak nelayan dan tinggal di pondok tepi pantai untuk berganding dengan Leftenan Komander Anuar Syukri? Bezanya bagai langit dan bumi.

 "Hamna tetap cantik dimata saya. Saya tak mampu untuk lepaskan Hamna dari hati saya."

 Mampukah gelombang Samudera menenggelamkan cinta mereka. Mampukah Hamna menyintai seorang lelaki sehebat Anuar Syukri.

 'Cinta Saya seluas Samudera biru, Hamna. Jangan cuba diuji kalau geloranya pun saya tak pernah takut.'




No comments: