Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Meet & Greet Session: Sophilea


Pada hari ini, saya dimaklumkan bahawa penulis novel Anugerah Terindah, Sophilea berada di booth N01 di Pesta Buku Selangor 2016 bertempat di SACC. Sepatutnya Kapten Ustaz akan hadir bersama Kapten Fauzan, tapi mereka tidak dapat hadir kerana masih sibuk dengan shooting.

Seronok nampaknya Sophilea melayan para peminatnya sehingga waktu nya terlajak daripada pukul 1pm hingga 5pm. Senyuman sentiasa terukir pada wajahnya. Admin meminta maaf kerana tidak dapat hadir. 

Memandangkan Pesta Buku Selangor akan tamat esok, pihak penerbitan novel telah membuka pesanan secara online. Jadi pada mereka yang belum membaca novel Anugerah Terindah, bolehlah wassap no 016-7331005.

Kelihatan stok novel Anugerah Terindah masih banyak di situ dan juga mereka yang mencari novel Adanya Dhia pun masih banyak kuantitinya. Esok ialah hari terakhir Pesta Buku Selangor 2016.

Sophilea mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang sentiasa memberi sokongan dan membaca novelnya.

Saya doakan semoga Sophilea terus berjaya dan menghasilkan karya yang menarik serta menyentuh hati kita. Yang pasti karyanya banyak menasihati kita tentang perhubungan dan mencipta suasana cinta bersama suami isteri. 
































No comments: