Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Promo: Episod 15 - 18



Assalamualaikum kepada para peminat Ustaz Mukhriz dan Dr. Ariana. Saya doakan anda semua sihat sejahtera bersama keluarga tercinta dan sentiasa dirahmati Allah.

Menonton promo kali ini, terasa tidak sabar sangat untuk menunggu hari Isnin. Kenapalah sweet sangat couple ni kan?! Walaupun ianya hanya lakonan semata-mata tetapi watak yg dihidupkan oleh Sophilea sangat memberi impak yang besar kepada para penonton dan pembaca.

Jika membaca novel, saya hanya mendapat andaian episod pada minggu hadapan mempunyai adengan-adengan ini.

1. Mukhriz mendapat tahu Ariana mengandung
2. Mukhriz dan Ariana bermalam di rumah family Ariana dan pada masa tu Zakuan juga bermalam di situ.
3. Kisah Awina keluar daripada penjara dan mencari Mukhriz
4. Kisah reunion universitu Mukhriz dan Zakuan berada pada majlis reunion tersebut.

Menarik sangat!! Saya tak sabar nak melihat visual yang sebenar terutamanya Zakuan nampak lagi real wataknya berbanding dengan novel.

KISAH SAYA MULA MENYUKAI DRAMA SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ

Pada mulanya menonton drama ini terasa tidak ada aura memandang hero dan heroinnya pelakon baru. Saya tidak kenal siapa mereka.

Ini adalah babak daripada episod ke 4 yang membuatkan saya mula menyukai drama ini.


Kisah Ustaz Mukhriz datang rumah abang Ariana, Izuddin.  Masa ni Ariana nampak sangat gedik. Gedik tapi cantik dan comel. Saya suka gedik dia dan buatkan saya tergelak2. Relaxla watak gedik2 kan.. Kalau tengok sitcom orang putih sempoi jer.. 



Saya tergelak besar dengan gelagat heroinnya. Kemudian saya suka dengan watak heronya. Cool dan steady. Sebabnya saya dah penat tengok drama hero yang gatal, anak orang kaya, etc. 

Maka penyelidikan bermula. Sejak itu saya tengok balik episod 1-3. 


Daripada episod 1 lagi, terserlan kenakalan Ariana.


Saya tergelak masa part ni. Ariana dok intai Ustaz. Ustaz nampak gelagat Ariana dari dalam tetapi Ariana tidak nampak Ustaz dari luar. 

Muka Ariana yang terlopong nampak Ustaz. Hahaha.

Selesai menonton 4 episod drama ini saya terus mencari dan membaca novelnya. Best. Setiap chapter, saya boleh imagine muka dan suara Ustaz Mukhriz yang handsome dan Dr. Ariana yang cantik. Itulah kelebihan apabila watak2 itu dipegang oleh orang2 baru. Ada keunikan pada drama itu dan menaikkan kepopularan artis2 tersebut. Tak gitu?!!

Selepas ini pasti orang akan panggil Raja Afiq dengan Ustaz Mukhriz dan Niena Baharun dengan Dr Ariana. Kan....

Jangan lupa contest daripada #kaptenmukhrizpedia mulai esok. 

catatan:
admin #kaptenmukhrizpedia

No comments: