Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Episod 12




Tarikh siaran:  Ogos 2016 (Selasa)


Sinopsis Ep12

Mereka kini bergelar pengantin baru. Keesokan paginya, Mukhriz bangun awal dari Ariana, bersedia untuk solat subuh berjemaah pertamanya dengan isteri. Syukur kerana Allah utuskan bidadari syurga untuknya. Permulaan hidup mereka cukup ceria. Mukhriz sedang biasakan dirinya dengan perangai sengal semulajadi Ariana. Walaupun kadangkala dia malu dengan keselambaan Ariana di depan keluarga mertuanya.Tatkala Ariana penat, dialah yang memasak dan mengemas, mengambil contoh kasih Rasulullah pada isteri baginda. Terdetik juga rasa cemburu di hati Mukhriz bila keluarga Ariana bercerita tentang Zakuan.

Majlis sambut menantu berlangsung meriah di kampung Mukhriz. Ariana jadi cemburu bila dapat tahu rupanya ramai sekali gadis yang minat Mukhriz di kampung itu. Namun, Mukhriz cukup bijak menjawab persoalan Ariana supaya tidak timbul rasa cemburu dan syak. Tapi malam itu dia sendiri terkejut bila terlihat gambar Rabiatul Adawiyah, gadis yang pernah diimpikannya dulu, dalam majalah yang dibaca Ariana.

Sepanjang berada di kampung Mukhriz, Ariana cukup tenang. Saban masa dia bekepit dengan Mukhriz menikmati pemandangan indah dan semulajadi. Jika Mukhriz ke surau beri ceramah, Ariana pasti ikut sama. Keluarga Mukhriz juga sayang padanya.

Tiba-tiba, Mukhriz terima panggilan telefon dari Shamsul. Puteri anak Awina jatuh sakit dan tak nak jumpa doktor jika Mukhriz atau Awina tak bawa dia pergi. Apalagi bila Puteri menangis ketika berbicara dengan Mukhriz di telefon. Kasihankan Puteri, Mukhriz tinggalkan Ariana sekejap di kampung untuk menjenguk Puteri.

Mukhriz ajak Ariana balik ke rumahnya sebelum cuti kawin mereka habis. Tetapi, mereka singgah bermalam dulu di rumah orang tua Ariana Dan malam itu, suasana jadi tegang bila Mukhriz terjumpa cincin kiriman Zakuan dalam laci Ariana. Ariana terkedu, bimbang membalas pandangan Mukhriz yang mengharap jawapannya.
~BERSAMBUNG~



 Pandainya suami saya masak..
Ramai Awek Ustaz ye...

No comments: