Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Episod 9

Tarikh Siaran: 27 Julai 2016 (Rabu)



Creative Skill Solution
SInopsis EPISOD 9
Mukhriz cuba mesej Ariana untuk nyatakan rasa maafnya, tapi tiada balasan. Dia ke hotel, namun hampa bila diberitahu Ariana dah ‘check-out’.
Selama beberapa waktu, Ariana tahan saja hasrat nak hubungi Mukhriz, walaupun rindunya macam nak gila. Padahal dia tak tahu, Mukhriz masih tunggu balasan mesejnya. Harapkan Mukhriz beralah, memang tak lah. Ariana pulang cuti ke rumah Izzudin lagi. Kali ni, dia juga cuba tahan matanya merenung ke arah pejabat Mukhriz. Zakuan hubungi Izzudin untuk pujuk Ariana terima cintanya. Tapi Izzudin tahu, Ariana terkejar-kejarkan Mukhriz. Bila ditanya pendapat Ariana tentang Zakuan dan sekiranya Zakuan berminat menjadikan dia isteri, tegas jawapan Ariana. “Walaupun Mukhriz tak terima Arin sekalipun, Arin tetap tak terima abang”.
Suatu hari, Ariana mendapat undangan makan malam dari Sakinah dan suami sebagai tanda ucapan terima kasih kerana merawatnya tempoh hari. Namun, dia dipertemukan dengan Mukhriz yang kebetulan ke sana atas urusan kerja. Tepat jam 12 malam, mesej ucapan harijadi dari Mukhriz masuk ke kantung handphonenya. Keesokannya, satu lagi kejutan buat Ariana bila mendapat hadiah dalam kotak kecil berwarna merah jambu (warna kesukaan Ariana) yang mengandungi gelang tangan berbatu arked merah hati dari Mukhriz. Pemberian kedua Mukhriz selepas kad merah jambu tempoh hari.
“Semoga Allah sentiasa memberkati hidup Dr Ariana dunia dan akhirat – Mukhriz”
Ariana kembali gila bayang dan sikap terujanya untuk Mukhriz panas semula. Suatu hari, Mukhriz mendapat kiriman bekalan dari Ariana. Tapi yang menghairankan, gadis itu tidak muncul sendiri sebaliknya hanya titipkan pada anggotanya.
“Saya cuma nak satu jawapan, sudikah ustaz terima saya sebagai isteri”
“Istiqarah sudah, berdoa di depan kaabahpun sudah. Petunjuk apa lagi yang anta perlukan?”, soal Fauzan buatkan Mukhriz termenung panjang.
Tiba-tiba, masuk satu lagi mesej dari Ariana, minta mereka bertemuan. Namun, belumpun sempat Mukhriz menjawab, dia terima panggilan dari Penjara Taiping memintanya hadir kerana Awina sakit. Mukhriz segera ke Penjara Taiping tanpa pengetahuan Ariana. Dia juga terlupa untuk balas mesej Ariana. Ariana runsing tunggu balasan Mukhriz, akhirnya ambil keputusan untuk tunggu kepulangan Mukhriz di ruang legar tak jauh dari kuarters bujang Mukhriz.
“Allah pinta kita sabar untuk dapat apa yang kita mahukan. Sudah saya katakan, saya masih belum boleh beri jawapan. Boleh tak jangan memaksa saya”, ujar Mukhriz yang kelihatan agak berang bercampur keletihan bercampur keinginan Ariana yang nampaknya terdesak. Ariana sedih. Malam itu, dia menangis sendirian. Dia semakin kurang faham dengan sikap Mukhriz yang kadangkala nampak seperti mahukannya, tapi kadangkala nampak seperti tak de perasaan.

“Assalamualaikum Ustaz. Izinkah saya bertanya, berdosakah seorang wanita melamar seorang lelaki jika dia benar-benar ikhlas nak menjadi isteri kepada lelaki tersebut?”
~BERSAMBUNG~

No comments: